Tuesday, February 19, 2008

HARI PERTAMA KURSUS PEJABAT KPKK PUTRAJAYA

hari pertama kursus sememangnya best...mana tidaknya dapat kawan baru...semuanya datang dari seluruh pelusuk negeri kat malaysia jerr....kawan2 baru anataranya ialah
1. fitri
2. rahmah
3. nurazlina
4. puspa
banyak lagi lah....tak tersenarai pun ada....yang tak tersenarai tu janganlah kecik ati yer...payah nak tulis nama....lagi pun aku bukanya hafal semua nama2 ni...tulah kelemahan aku.......
rahmah+fitri+aku


nurazlina+puspa+aku semasa minum pagi

fitri yang sedang menandantangani memorandum persefahaman bersama pejabat KPKK putrajaya....ala pendaftaran peserta kursus jerrrrr....

rahmah+aku semasa pendaftaran

BERAEROBIK DI KBS PUTRAJAYA

Instruktor Lees bersama ahli-ahli aerobik di dalam gym KBS putrajaya....kali ni aku lepas jerr habis kursus untuk hari yang pertama.....berjogging dari JPM ke KBS.....penat tidak terasa kerana kepuasan yang aku rasai sepanjang aku berjogging....waduh...keringat keluar tanpa henti...membuatkan aku terasa heppy sangat...he...he...seronok beraerobik dengan puan Lees....mantap dan bertenaga....


jabatan perdana menteri putrajaya

mahkamah keadilan putrajaya




jabatan alam sekitar(wisma sumber asli putrajaya)

Friday, February 15, 2008

AKU TERKESIMA SEKETIKA

terkesima....eh...macam lagu spa q pulak....kenapa ni mael....alah biasalah malam nia aku nak terbang kat KL....so aku kena siapkan mana2 keja yang tak siap dan order semua barang keperluan pejabat...coz aku kat KL selama 10 hari...jadi kenalah buat apa yang patut...nanti tak lah orang mempertikaikan kerja aku....biasalah kan...kita ni manusia...rambut sama hitam....seluar fit pun sama hitam....tapi mulut siapa yang tahu....amboi2....puaka jugak mulut aku ni...biasalah aku...kalau banyak keja nak buat.....tangan menjadi cepat dan petah menaip....nak kurangkan stresss katakan...

malam ni dah kat KL...yang pastinya makan malan pukul 11.30 aku akan lepak di kedai kak ara.....tunggu member2 nak bersenam malam ni...senaman untuk memantapkan lagi techno dance....ala2 shuffel....tren terkini remaja....aku kenalah update ckit skill kan....betul kan...he...he...


Thursday, February 14, 2008

CELEBRATE BIRTHDAY GIRLS (DOCTOR ELINA) D UPTEMPO

14.02.2008 berlakunya 2 hari yang istimewa iaitu hari kekasih dan hari lahir untuk doktor elina.....d uptempo...dah menjadi tradisi kepada member2 yang akan menyambut hari lahir akan diraikan.itulah kelebihan uptempo....menanamkan suasana harmoni dan saling bekerjasama dalam apa jua aktiviti.....baru je jadi member...seolah2 dah bertahun-tahun mengenali setiap member2 yang ada d citu....

bagi aku....apa2 yang berlaku...aku tetap bersama-sama meraikannya.....hidup ini umpama roda yang sentiasa berpusing-pusing...kejap di atas kejap kat bawah...so kita tak tahu bila mana kita akan berasa susah...jadi kalau kita sombong dan dengki...tak adalah kawan....

terima kasih kepada kak mala dan kak serot atas hidangan kaki manok masak kicap dan kak ann coz...sponsor wing panggang madu.....memang sedap sehingga menjilat tot......amboi2....kepada jasni apa yang berlaku semalam sehinggakan doktor elina tak nak duduk sebelah you ni.....biar betul....tapi bagi aku....mael tak kesah ...ok ape....enak bah tu....he...he...gurau je ye jasni.....








doctor elina+aku


ON THE WAY TO AIRPORT KUCHING TO KLIA

sebelum pergi ke Kuching Airport....aku sempat bersnappy dengan member2 opis...nak bagi tugas yang akan diserahkan kepada mariani dan zuria...dua2 pompuan nie memang spotting dan senang untuk bertoleransi....

mariani+zuria

aku+mariani

mariani+zuria

Wednesday, February 13, 2008

BIRTHDAY BOBOY(ejay)

selepas buat latihan aerofit.....suasana berubah menjadi gelap seketika,dengan lampu dipadamkan,musik harijadi dimainkan dan nyalaan lilin 3 batang dibawa melalui pintu belakang studio....maka berlangsunglah hari yang paling istimewa buat insan yang teristimewa bernama...Sarani Kanaidi ataupun nama glamournya ejay.....

bercakap pasal hari lahir....teringat pulak pasal hari lahir aku yang akan disambut minggu depan...aku akan menyambutnya di kota metropolitan kuala lumpur bersama-sama rakan-rakan yang ada kat sana....kenapa aku pilih kuala lumpur menjadi destinasinya.....biasalah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke dalam perut....sebenarnya aku dalam program kursus jabatan aku kat putrajaya minggu depan....so....aku akan balik pada 24 februari....jadi terpaksalah lepak kat KL jerrrr....

cutenyerrrrrrr....

waduh....heppy dapat kek birthday..

aku+ejay+MH honney

Skill Yen Yen

Skill Y-Pax

Skill X-Pax

BREAKFAST D AROMA CAFE WISMA BAPA MALAYSIA

pagi-pagi aku menemani budak opis aku beli kuih muih dan nasi aruk di aroma cafe wisma bapa malaysia.....kesian tengok ibu mengandung yang mengidamkan makanan nasi aruk yang di aruk oleh chef yang terkenal dari aroma cafe.....

nasi aruk adalah nasi goreng yang diadunkan dengan ramuan-ramuan seperti ikan bilis,bawang goreng,dan dicampurkan ayam yang telah dicincang halus.....waduh2 sedapnyerrr....

lepas tu...aku di bawa oleh 2 orang bos aku pergi makan mee laksa sarawak kat kedai mak mentua bos aku...katenyer....mana tidaknya yang empunye kedai laksa tu anaknya memang cute...sebab tulah kita orang selalu pergi kat citu.....he...he.....
zuria

kuih muih di aroma cafe wisma bapa malaysia

zuria

zuria+aku

nescafe ais+mee laksa sarawak

Tuesday, February 12, 2008

PRACTICE MAKE PERFECT...

setelah penat aku jogging kat belakang pejabat aku d wisma bapa malaysia....aku bersiap sedia untuk menjalani latihan aeroft d studio bersama-sama team trio diketuai oleh busman...kali ni kami menjalani latihan secara insentif kerana hari pertandingan hanya tinggal dua bulan lagi....kami meletakkan target pada hujung bulan februari ni,semuanya dah perfect dari segi flexibility dan strenght....untuk menampakkan lagi keseragaman pergerakan aerofit....wow rasanya penat jugak pabila kita buat latihan push up dan sit up.....memang pedis otot-otot perut....bukannya otot-otot kat jalan raja laut.....oppps....

aku d pejabat


man+halmi+aku+ejay

man+halmi+aku+ejay

Sunday, February 10, 2008

PENGILAN D UMAH KAWANKU KAT KPG MATANG LOT

selepas membuat senaman di pagi hari....aku bertandang ke umah kawanku yang melangsungkan perkahwinanya di kampung matang lot...sharifah azma adalah kawan seperjuangan yang sama-sama menjadi pengacara majlis semasa aku berkhidmat di jabatan alam sekitar putrajaya...kepetahan nya membuatkan aku senang untuk bergandingan dengannya.....biasalah mun orang sarawak dah bertemu...lalu ceredit mulut nak....

SENAMAN REGANGAN DI BELAKANG WISMA BAPA MALAYSIA

pagi dan petang aku membuat senaman regangan untuk persediaan ke pertandingan sport aerofit di bukit jalil kuala lumpur...dah 2 minggu tak membuat senaman ...berat rasanya badan nak mengangkang....kaki pun dah keras semacam...